Thursday, May 3, 2012

Buat Wanita yang teristimewa.



Hari ini adalah tarikh yang sangat istimewa,

Namun hanya sedikit yang tahu,

Dari yang sedikit itu, mungkin hanya berapa yang tahu.

Hari kelahiran seorang wanita yang paling aku sayang,

Sanggup berkorban, walaupun terpaksa melawan arus derita,

Namun, kekuatan wanita ini mengatasi segalanya,

Walau apa yang datang dan dilalui,

Anak adalah utama bagi wanita ini,

Biarlah kelaparan, agar anak merasa kenyang,

Biarlah kepanasan, agar anak merasa senang,

Biarlah penat bekerja, asal anak menikmati kepuasan,

Walaupun baginya itu belum cukup.

Dia adalah sumber inspirasi dan motivasi ku,

Pelajarannya tidaklah tinggi, hanya sempat belajar di darjah dua,

Tapi berusaha mendidik anak kepuncak jaya,

Doanya tidak pernah putus.

Hendaknya melihat kami semua berbahagia.

Aku mendoakan wanita ini sentiasa dipayungi hidayah Illahi,

Dipanjangkan umur dimurahkan rezeki,

Moga kebahagiaan sentiasa mengiringi.

Aku berjanji, akan membalas jasa mu wahai Ibuku.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT IBU TERSAYANG...

Untuk kali yang ke 60. 5 mei 1952

Bonda,
Dalam hati pernah bercerita.
Berkata tentang kita.
Tentang susah senang hidup kita.
Tentang pahit getir perjalanan kita.


Bonda,
Jika dahulu aku buntu.
Jika dahulu aku runsing.
Dan jika dahulu aku buta.
Doa mu masih tak jemu menyusurku.


Bonda,
Biar merpati beralih arah.
Mendung timbul di celahan kaca.
Hujan turun di kutub utara.
Kau insan terindah figura dunia.

Warna memori.
Adakala terluka dan terhiris.
Tiada ku kecil dan tiada ku besar.
Dan bila sang hitam menjelma.
Wajah mu sering bermain di kotak mindaku.
Hingga terbawa di buai lena maya.


Bonda,
Katakan lah apa saja.
Lautan merah aku renangi.
Gunung tertinggi aku daki.
Si pelangi aku cari.
Setia ku tak kan pudar.
Walau datang ribut melanda.


Bonda,
Jika aku pergi dulu.
Jangan ditangisi semua itu.
Tidak ku sanggup melihat dirimu berduka lagi.
Akan ku kenang peristiwa semalam.
Mencintai mu adalah perkara teristimewa.
Buatku bonda.


- NAZA MD NOOR –



Thursday, March 22, 2012

Debat Integriti 2012



Pernahkah anda merasa? Di satu ketika. 

Pada semua gerakan, semua orang, semua benda dan apa sahaja yg berlaku ketika satu peristiwa,

 mahu disimpan sebagai kenangan buat hidup sebelum mati.

untuk selamanya,

Jika pernah, itu jugalah perasaan aku bila tuah memecah tradisi debat UniSZA kecintaan kami.

Alhamdulillah, rezeki memihak lagi.

Usaha bukan mudah untuk sampai ke tahap ini,

kerana mahu, maka kesanggupan berbuat apa2 saha adalah kunci utama mencapai kemahuan,

apatah lagi jika ia sampai ke darjat kehendak,

Ya, mungkin sesetengah orang melihat ini biasa,

tapi bagi orang2 yang kali pertama menjejak kaki ke tahap ini,

ini adalah pengalaman dan sejarah luar biasa,

Walau bukan gelaran juara yang disandang,

memanjat syukur kepada yang maha memakbul doa,

Inilah rezeki yang diberi,

terima dan bersyukur.

Moga2 kesyukuran ini menambah rezeki pada masa akan datang.

Terima kasih buat ibu bapa.

Cikgu Zainab, guru sulung ku dalam debat.

Begitu juga rakan taulan baru dan lama,

Untuk siapa2 saja yg pernah berdoa,

Syukran alaikum. :)

Abg Adib, Afifah n Nadzley, orator UniSZA. :)











































Wednesday, March 21, 2012

Tahniah buat junior SPM 2011.




Haloo semua. :) sudah lama tidak menulis di ruang blog ini. 

Bukalah alasan yg sama kerana busy, Tp line internet U ermmmm... Ah cam itu la. 

Kali ini, tiada topik yg mahu dibincang sngat.

Cuma, aku mahu mengucapkan tahniah buat junior2 SMAKK n SMATS.

Atas apa pun pncapaian yg anda telah prolehi dalam SPM 2011.

Nizamudin junior Smats dpt 10a, Qairunisa junior SMAKK 9a. cograts both excellent students.

Bgitu juga dgn Madz, Khumaini, Inul, Nian, Syafiq, Rehan n all SMAKKian,

Azim n all SMATSian.

(Sory la, xingat sudah nama2 smua) heee.

Dinasihatkan juga utk yg tidak b'jaya mncapai target,

Alaah, bnyk lagi peluang.

SPM bkn p'akhirnya.

Yg ada pluang utk smbung ke peringkat setrusnya

Fikir2 la mau msuk mna. Wisely. Bkn hentam semberono. Nnt mnyesal.

Yg penting istikharah. :)





Friday, February 17, 2012

Royale '12




Ini tawarikh yang memoir,

Dipasang empat gandingan yang jarang, ada juga tidak pernah berganding,

Kami membawa misi yang hampir serupa,

Tepat sekali,

Bila aku berasa puas pada setengah tingkah dan persembahan,

Tapi tidak puas pada kebanyakan perkara.

Diri sendiri, keupayaan membantu dan memimpin yang lainnya,

Akibat kepercayaan naluri dan rentak hati yang kuat,

 sedikit hampir ke mercu matlamat dan janji,

Tapi akibat tidak mengambil pengajaran dan gopah,

Kita hanya mampu ke situ dan akhirnya disungkur kerana lalai dan alpa,

 Tapi aku yakin,

Tiada siapa2 yang mensengajakannya,

Kesalahan bukan pada nafsi,

Tapi pada Kulli.

Di sisi yang lain,

Harusnya ini jadi tauladan,

Jangan terlalu terpukau dengan sekelumit kejayaan,

Jika sifat mazmumah yang dicela Tuhan terasa di hati,

Istigfarlah.

Untuk itu,

Aku juga sangat berasa bangga sekumpulan dengan kamu,

Ini juga banyak mengajar,

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan Royal aku 2012,

Team Junior Jang, Din dan Wafi.

Walaupun kita tidak percaya pada mulanya,

Inilah rahsia Allah.

Tahniah, kerana break suku.

Untuk sekian kalinya dilakukan oleh UniSZA di pertandingan Royale.

Alhamdulillah, terima kasih pada semua.

Selamat berjaya untuk edisi akan datang.

"Kepercayaan datang dari hati"

"Yakinlah dengan rentaknya"

Tahniah juga buat team senior, Abg Adib, K.Ain, Afifah n Nadz.
















About this blog

Jangan Mengalah dalam Perjuangan ini...